Thursday, July 8, 2010

Satu lesen untuk semua operasi bengkel kenderaan


PENGUSAHA bengkel dan mekanik kenderaan mungkin diwajibkan memiliki lesen khas pada masa depan.


KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran mewujudkan satu lesen khas bagi pemilik bengkel kenderaan yang merangkumi semua jenis operasi sekali gus memudahkan pemantauan ke atas kerja-kerja baik pulih kenderaan.

Presiden Persatuan Pemilik Bengkel Malaysia (FAWOAM), Kong Wai Kwong berkata, ketika ini setiap bengkel kenderaan berdaftar memiliki dua atau tiga jenis lesen jika mahu memulakan operasi.

"Jika kerajaan mahu menambah satu lagi lesen, ia hanya menambah beban kepada mereka.

"Oleh itu cadangan bagi mewujudkan satu lesen yang merangkumi semua jenis keperluan wajar dikaji kerana ia memudahkan pemantauan dilakukan,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: