Saturday, July 17, 2010

Ratusan gading gajah bernilai RM3.84 juta dirampas


SEJUMLAH kotak mengandungi gading gajah dipamerkan pada satu sidang media di Bangkok semalam.


BANGKOK - Jabatan Kastam Thailand semalam mendedahkan kejayaan merampas 117 gading gajah seberat 765 kilogram dan bernilai AS$1.2 juta (RM3.84 juta) di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di sini pada Rabu lalu.

Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung rampasan itu yang dihantar dari Kenya, Afrika.

Kotak yang mengandungi gading itu dilabelkan sebagai perabot dan penutup plastik.

Penghantaran itu salah berdasarkan undang-undang antarabangsa kerana gading tersebut dianggap sebagai milik haiwan yang semakin pupus.

Menurut beberapa pakar hidupan liar, Thailand merupakan transit penyeludupan haram produk haiwan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: