Wednesday, July 14, 2010

Rakaman Audio Bukti Mel Gibson Pukul Kekasih

Mel Gibson dan Oksana Grigorieva hadir ke tayangan perdana filem Edge Of Darkness di Paris pada 4 Februari, 2010.

LOS ANGELES: Kemunculan sebuah rakaman audio yang merakamkan pengakuan bintang filem Lethal Weapon, Mel Gibson memukul bekas kekasihnya yang berasal dari Rusia pada Isnin lalu, telah merosakkan reputasi bintang Hollywood itu.

Satu rakaman lain yang dimuat naik pada portal Radaronline.com menunjukkan pemenang Oscar Braveheart itu mencerca orang kulit hitam.

"Apakah manusia itu?" tanya bekas kekasih Gibson, Oksana Grigorieva yang juga seorang pelakon dalam kejadian yang dirakamkan selama lapan minit itu.

"Memukul seorang wanita ketika dia memegang anak di tangannya. Memecahkan giginya sebanyak dua kali. Manusia apakah itu?"

Serentak dengan itu, Gibson memberikan respons: "Oh, kamu marah sekarang? Anda tahu anda layak mendapatkannya!"

Rakaman tersebut membuktikan punca perpisahan Grigorieva,40, dan Gibson, 54, adalah berpunca daripada insiden itu yang didakwa berlaku pada 6 Januari lalu itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: