Monday, July 19, 2010

Raffi-Yuni terima gelaran Best Celebrity Couple

Pasangan kekasih, Raffi Ahmad dan Yuni Shara berjaya mendapat gelaran Best Celebrity Couple di Insert Awards 2010.

Dalam kategori tersebut, Raffi dan Yuni turut menewaskan pasangan Anang dan Syahrini.

Yuni juga tidak menyangka mampu meraih penghargaan tersebut. Bahkan, kakak kandung penyanyi Krisdayanti itu sempat berfikir kalau Anang dan Syahrini yang akan meraih penghargaan tersebut.

”Kami fikir Anang dan Syahrini yang dapat kerana mereka pasangan yang sangat rapat. Mungkin mereka tidak sahkan tentang status hubungan mereka lagi. Kalau tidak sudah pasti tentu mereka yang menang,” katanya.

Sementara itu, Raffi bersyukur kerana mendapat penghargaan tersebut. Dia juga berharap hubungannya dengan Yuni yang usianya jauh lebih tua itu, berjalan tanpa rintangan.

”Kami memang sedang merancang ke arah hubungan yang lebih serius lagi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: