Thursday, July 8, 2010

Projek auta Afrika RM7 trilion




KUALA LUMPUR - Polis menahan tujuh warga asing termasuk dua wanita yang didakwa terlibat dalam sindiket menyamar sebagai Pengarah Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebuah institusi kewangan dan sedang rancak mencari mangsa-mangsa yang berminat menerima projek pelaburan RM7 trilion.

Ketua Penolong Pengarah Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa (gambar) berkata, kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan selepas seorang pengarah institusi kewangan itu membuat laporan pada Julai tahun lalu berhubung pergerakan sindiket terbabit yang menggunakan nama dan kedudukannya untuk menawarkan projek palsu.

"Sindiket tersebut dikesan menghantar e-mel secara rawak kepada orang awam dengan menggunakan nama pengarah SC berkenaan dan menawarkan pelaburan yang didakwa milik projek institusi tersebut bernilai RM7 trilion," kata beliau di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: