
CHEE HEUNG (dua dari kanan) bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop (kiri) dan Wakil Pengarah Bahagian Kementerian Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, Deputi Komisioner, Datuk Salleh Mat Rashid (kanan) melihat buku Program Bandar Selamat 2010 di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Kerjaya sebagai peragut memang lumayan.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dalam tempoh sehari seorang peragut mampu memperoleh purata pendapatan berjumlah RM2,051.
Menurut menterinya, Datuk Wira Chor Chee Heung, maklumat itu diperoleh dari 12 bandar di negara ini yang dikenal pasti sebagai kawasan panas kerana mencatat kadar jenayah jalanan tertinggi.
Dua belas bandar itu ialah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya, Ampang Jaya, Klang, Selayang, Johor Bahru, Johor Baru Tengah, Pasir Gudang, George Town dan Seberang Perai di Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: