Tuesday, July 20, 2010

Pengemis seksi jadi kaya kerana Internet


PAKAIAN Cheng Guorong semasa berkeliaran di jalan-jalan Ningbo, China kini menjadi fesyen selepas gambarnya disiarkan di Internet pada Januari lalu.


NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.

Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.

Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.

Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.

Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.

Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.

Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).

Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.

Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.

Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.

Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini.

11 comments:

  1. dari seoarang pengemis kepada model terkenal..terbaiklah.., tapi ada keunikan di wajah lelaki ni..so no wonderlah dia diterima tawaran ebegitu rupa..

    ReplyDelete
  2. hai elin kau pon terpikat ngan dia ke? dia pon pengemis hansom....no wonder lah. tuah ayam nampak di kaki, tuah org.........

    ReplyDelete
  3. rakyat china ketandusan org lelaki kacak...pengemis pun diangkat menjadi idola...lepas ini pelacur pun diangkat menjadi ikon negara....

    ReplyDelete
  4. rumpelstilskin : haa tau xpe..haruslah, dah rezeki org kan..kaya dah pun dia skang..ape heran dia pengemis ke tak.. hehe

    ReplyDelete
  5. First time aku tengok, ingatkan Andy Lau berlakon jd pengemis!

    Apa nak heran, Nabil pun dulu Mat Despatch

    ReplyDelete
  6. July 20, 2010 6:28 PM

    @ Anonymous said...
    rakyat china ketandusan org lelaki kacak...pengemis pun diangkat menjadi idola...lepas ini pelacur pun diangkat menjadi ikon negara....

    I said,
    Negatif sangat la awak ni, tu lah pikiran diri sendiri sempit, cmana nak berjaya?. Pengemis ke pelacur ke, tuhan tetap sayang dan tolong, hanya mungkin kalo diorang tak bermulut tajam macam awak. kalo awak hina pengemis & pelacur, that means your own value is lower than theirs! Otherwise you would've learnt to accept others with open heart. Fikir hanya awak yg "suci" ke yg berhak berjaya? Diorang tu pun berhak jg.

    ReplyDelete
  7. aku suka komen diatas terbaik yoop.

    ReplyDelete
  8. I said,
    Negatif sangat la awak ni, tu lah pikiran diri sendiri sempit, cmana nak berjaya?. Pengemis ke pelacur ke, tuhan tetap sayang dan tolong, hanya mungkin kalo diorang tak bermulut tajam macam awak. kalo awak hina pengemis & pelacur, that means your own value is lower than theirs! Otherwise you would've learnt to accept others with open heart. Fikir hanya awak yg "suci" ke yg berhak berjaya? Diorang tu pun berhak jg.


    AKU cakap,

    saudari mungkin tidak tahu yang menjadi pengemis dan pelacur adalah kehendak sendiri...maka sudah tentulah pemikiran dan jati diri mmg tiada...janganlah mengangkat seseorang itu berdasarkan rupa semata-mata...dan juga sedarilah yang Allah SWT juga menyuruh umatnya utk mencari rezeki...bukan hanya meminta...salam

    ReplyDelete
  9. dah rezeki die.. untung la.. dh lame die ni idup merempat.. akhir dapat gak kecapi kemewahan...

    ReplyDelete
  10. beToL...BeToLL..BetOLL...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: