PELAKON Pamela Anderson menolak tuduhan kononnya dia muflis dan menegaskan memiliki sejumlah hartanah di Amerika Syarikat dan Kanada.
Pihak berkuasa mengeluarkan satu senarai pembayar cukai yang belum melangsaikan hutang mereka.
Senarai tersebut mengandungi nama bintang filem Baywatch itu dengan rekod hutang cukai sebanyak AS$516,391 (RM2,551,906.97).
"Saya memiliki rumah yang indah di Kanada, sembilan kabin kecil di Vancouver Island dan sebuah stor di depan.
"Itu akan menjadi jenis tempat tinggal saya. Saya fikir saya akan keluar dari LA akhirnya. Saya juga sedang membina rumah di Malibu. Ia masih belum selesai walaupun setelah empat tahun, "katanya.
Anderson menyalahkan krisis ekonomi sebagai punca bayaran cukainya tertunggak.
Jelasnya, orang yang mengupahnya berlakon tidak mampu membayar khidmat lakonannya.
Bagaimanapun, katanya, dia telah membayar hutang tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: