Saturday, July 10, 2010

Pakej khidmat profesional

HANYA berbekalkan modal serendah RM1,700, usahawan kini berpeluang menceburi perniagaan berasaskan perkhidmatan profesional dengan memiliki firma perunding sendiri selain menerima latihan di bawah pakej intensif ditawarkan HMEO Holdings.

JANA PENDAPATAN...Irwan (tengah) bersama Pengarah HMEO, Mohammad  Kassim Bahari (kanan) dan timbalannya, Fadhlur Rahman.
JANA PENDAPATAN...Irwan (tengah) bersama Pengarah HMEO, Mohammad Kassim Bahari (kanan) dan timbalannya, Fadhlur Rahman.
HMEO Holdings, sebuah syarikat pembangunan usahawan yang menjalankan perniagaan berteraskan perkhidmatan profesional seperti bidang kewangan dan risiko, perniagaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kursus latihan serta multimedia grafik dan reka bentuk.


Pengarah Urusannya, Irwan Alias, berkata bakal usahawan perlu menjalani latihan dikelolakan tenaga pengajar berpengalaman dalam keusahawanan sebelum terbabit dalam perniagaan itu.


“Bagi mewujudkan usahawan Bumiputera Muslim berdaya saing, penekanan ilmu penting bagi mengurangkan risiko kegagalan firmaapabila mula beroperasi kelak,” katanya.


“Justeru, setiap usahawan akan dipilih melalui proses pemilihan dan kelayakan bagi mengurangkan risiko kegagalan manakala ujian personaliti bagi mereka yang serius menjadi usahawan profesional,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur, semalam.


Irwan berkata, program pembangunan usahawan profesional yang pertama kali diadakan menggabungkan sistem perniagaan unik, platform perniagaan dan pemasaran berteras k-ekonomi, kepintaran emosi dan rohani.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: