Friday, July 23, 2010

Nyaris maut dibunuh gajah


RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan Don Redfox dihampiri gajah yang mengamuk di sebuah zoo di Ohio, tiga minggu lalu.


COLUMBUS, Amerika Syarikat - Seorang penjaga gajah di sebuah zoo di Ohio, Don Redfox hampir maut setelah dia diserang oleh haiwan itu yang bernama Louie yang mengamuk dengan tiba-tiba, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian yang berlaku pada tiga minggu lalu itu menyebabkan lelaki tersebut kini terpaksa menerima rawatan apabila paru-parunya cedera dan beberapa tulang rusuknya patah.

Pengarah zoo itu, Anne Baker berkata, punca serangan itu tidak diketahui.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kandang gajah itu menunjukkan Louie hampir menusuk kepala dan dada Redfox dengan gadingnya.

Hubungan antara mangsa dan gajah seberat dua tan itu amat rapat sejak Louie dilahirkan di zoo tersebut dan Redfox kerap bermain-main dengan mamalia tersebut sebelum memberinya makan lobak merah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: