Thursday, July 29, 2010

Nutrisi berkualiti, seimbang


Michael Toh bersama Duta Wyeth Nutrition Erra Fazira pada majlis penjenamaan semula S-26.


Syarikat peneraju produk nutrisi kanak-kanak yang dipasarkan secara global sejak lebih 100 tahun lalu, Wyeth Nutrition, kini memperkenalkan reka bentuk pek terbaru bagi menonjolkan jenama popularnya, S-26.

Langkah penjenamaan semula S-26 diambil bagi memastikan penyelarasannya di peringkat rantau dan antarabangsa selain memudahkan pengguna mengenal pasti produk ini walau di mana mereka ingin membelinya.

Produk S-26 merupakan rumusan pemakanan sihat kanak-kanak yang dihasilkan secara saintifik melalui kaedah dikenali Sistem Biofaktor bagi menyokong perkembangan mata, minda, pembelajaran, tumbesaran dan perkembangan.

Sistem Biofaktor pula adalah sistem komprehensif yang direka untuk memberikan nutrisi tepat yang bersesuaian dengan usia kanak-kanak.

Pengurus Besar Wyeth Nutrition Malaysia/Brunei/Singapura/Vietnam, Michael Toh berkata, produk S-26 adalah nutrisi yang berkualiti dan seimbang untuk tumbesaran kanan-kanak.

"Lebih banyak nutrien tidak semestinya lebih baik kerana tiada nutrien termasuk DHA tinggi yang dengan sendirinya dapat menjanjikan perkembangan fizikal dan mental yang amat baik.

"Apa yang penting, ia memerlukan gabungan nutrien penting yang mana semuanya dibekalkan dalam jumlah tepat bagi menyokong mata, minda, pembelajaran, tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

"Elemen penting inilah yang terkandung dalam produk S-26 yang dikeluarkan dalam dua jenis iaitu S-26 Progress Gold (untuk kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun) dan S-26 Promise Gold (bagi kanak-kanak berusia tiga hingga tujuh tahun)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Pek Baru S-26 di Hotel One World, Damansara, baru-baru ini.

Turut hadir, Duta Wyeth Nutrition bagi Kempen 'Bersedia Untuk Kehidupan' anjuran syarikat itu yang juga pelakon terkenal, Erra Fazira.

Michael berkata, pemilihan Erra sebagai duta kempen 'Bersedia Untuk Kehidupan' bukan sahaja kerana dia seorang pelakon, penyanyi, isteri dan ibu penyayang yang menjadi inspirasi ibu-ibu di negara ini tetapi Erra sendiri sememangnya memberikan S-26 kepada anak tunggalnya, Engku Aleesya.

Tambahnya, Wyeth Nutrition amat gembira dan berbangga memilih Erra sebagai duta produk kerana dia adalah lambang wanita moden.

Selain itu, katanya, walaupun sibuk dengan tugasan sebagai selebriti dan isteri, Erra sentiasa memastikan anaknya membesar dengan sempurna dan mendapat yang terbaik termasuk dari segi pemakanan.

Menurut Michael, sebagai duta kempen itu, Erra akan bertindak mewakili keinginan tinggi ibu-ibu moden yang mengambil berat tentang kesihatan anak-anak untuk memastikan mereka memberikan nutrisi terbaik kepada anak-anak supaya mampu menghadapi cabaran kehidupan.

"Sepanjang kempen ini, Erra akan mengikuti dan menyertai pelbagai aktiviti seperti program keceriaan, ilmiah dan merapatkan hubungan dengan pengguna," ujarnya.

Erra ketika ditemui pada majlis itu memberitahu, dia bersetuju untuk menjadi duta syarikat itu bagi S-26 kerana benar-benar yakin serta berpuas hati dengan keberkesanan produk berkenaan selepas mencubanya kepada Engku Aleesya.

"Antara tugasan berat sebagai ibu yang sentiasa merisaukan saya adalah menentukan pemakanan terbaik buat anak kesayangan saya dan kini selepas memberikan anak saya S-26, saya mendapati ia amat membantu perkembangannya.

"Kebaikan S-26 bukan sahaja menjadikan anak saya lebih sihat, sukar diserang penyakit dan ceria, tetapi membantunya membesar secara sempurna.

"Justeru, saya menyarankan ibu-ibu di negara ini tidak teragak-agak mencuba S-26 kerana ia akan membuatkan anda berhenti mencari makanan asas terbaik untuk anak kecil dan memberikan kesempurnaan kepada proses tumbesaran anak anda," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: