Sunday, July 11, 2010

Noni taubat tak minum arak lagi

Noni AF5.
Noni AF5.
Bintang Akademi Fantasia 5 bersumpah nafi dirinya mabuk ketika bersama suami Anne Ngasri

BINTANG Akademi Fantasia 5 (AF5), Nonny Nadirah Zainuddin atau Noni, 21, mengaku mabuk, biar 'betik'! Tenang! Sebelum Zubir bercerita panjang lebar mengenai Noni yang digosipkan sebagai orang ketiga sehingga berlakunya perceraian antara aktres popular, Nasriah Ngasri atau Anne, 26 dengan Abdul Wafi Hassan atau Wafi dengan talak tiga, baru-baru ini, Zubir nak hebohkan dulu perihal seorang aktres jelita 'lidah bercabang' dan berasa dirinya hebat sehingga tergamak mempersendakan kerjaya wartawan hiburan!Baru-baru ini, aktres jelita yang dimaksudkan, ada mengirimkan BlackBerry Messenger (BBM) kepada Zubir, mengadu dirinya dikritik hebat oleh sebuah ruangan pojok akhbar arus perdana apabila dia dikatakan tidak mahu memberi kerjasama kepada pihak media massa yang memerlukan komen daripadanya berhubung isu peribadi yang agak sensitif.Zubir menasihatkannya supaya bersabar dan berjanji akan membantunya dengan satu temu bual khas untuk membersihkan kembali namanya, sekali gus memperbetulkan mana-mana fakta yang tidak tepat. Zubir sendiri tidak berapa percaya apa yang ditulis oleh ruangan pojok berkenaan kerana sepanjang mengenali dirinya, dia mudah didampingi rakan wartawan dan senang bekerjasama.

Zubir seperti biasa cuba mengatur temu janji untuk bertemu dengannya. Dia bersetuju asalkan Zubir sedia menunggu dia menyelesaikan segala urusan kerja dan peribadinya pada hari berkenaan. Daripada petang sampailah ke malam Zubir menunggu jawapannya, di mana hendak bertemu, alih-alih dia memaklumkan urusan peribadinya belum selesai.

Selepas beberapa kali BBM dikirimkan kepadanya, dia masih belum selesai urusan di Kuala Lumpur dan meminta temu bual dilakukan menerusi perbualan telefon saja. Zubir sabar lagi dan terus mengirimkan BBM kepadanya bertanya jam berapa yang sesuai untuk temu bual, tapi kiriman BBM Zubir tiada balasan sehinggalah perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 antara Holland dan Uruguay berakhir kira-kira jam 4.30 pagi, barulah dia membalas baru saja sampai ke rumah!

Bagi Zubir, cukup-cukuplah! You can go to ****! Zubir langsung tidak berselera untuk bekerjasama lagi dengan dirinya, dia sudah jauh berubah! Zubir ambil keputusan memadamkan saja nombor telefonnya daripada simpanan Zubir, sekali gus BBM contact dirinya! Ramai lagi artis di luar sana yang lebih menghargai dan memerlukan pihak media massa, berbanding dirinya yang kini begitu popular dan berasakan media boleh dipersendakan!
Sekarang tibalah masanya yang ditunggu-tunggu untuk Zubir bercerita perihal Noni pula. Menerusi ruangan Cerita Artis Kita (CAK), Metro Ahad terbitan 4 Julai lalu, ada artikel menyebut bintang realiti pergi ke kelab ditemani bekas suami aktres popular. Difahamkan, bintang realiti yang dimaksudkan itu ialah Noni dilihat bersama Wafi iaitu bekas suami Anne Ngasri berhibur di sebuah pusat hiburan!

“Memang saya mengenali Wafi tapi hubungan kami sekadar kawan biasa. Kami juga pernah keluar bersama ke sebuah kelab, namun dengan disertai beberapa teman lain dan ia berlaku selepas dia bercerai. Jadi, tuduhan saya menjadi punca perceraian Wafi amat keterlaluan, mengarut dan tidak masuk akal," katanya kepada Harian Metro terbitan 6 Julai lalu.

Namun, yang menarik perhatian Zubir ialah laporan CAK turut menyebut, Noni dikatakan mabuk ketika ditemui bersama Wafi di kelab berkenaan. Noni juga dikatakan mengajak temannya ke kelab lain untuk berpesta arak! Justeru, Zubir sempat menghubungi Noni untuk bertanyakan kesahihan perkara berkenaan.

“Sumpah, saya tak minum langsung ketika ditemui bersama Wafi tempoh hari. Saya tak minum lagi,” kata Noni.

Justeru, adakah sebelum ini Noni pernah minum arak?

“Itu kisah lama Abang Zubir, ketika saya bekerja di kelab sebelum menyertai AF5, memang saya pernah ‘terbabas’ (minum arak), ketika itu usia saya masih terlalu mentah. Tapi sekarang saya sudah insaf, tidak akan mengulangi kesilapan masa silam,” kata Noni yang akhirnya berterus terang.

Zubir kagum dengan keberanian Noni berterus-terang mengenai kejahilan masa lampaunya. Bukan seperti sesetengah artis itu, minum arak mahal berbotol-botol sehingga nafas turut berbau arak, tapi apabila wartawan tanya, pernah minum arak ke, selamba saja memberi jawapan, sepanjang hidupnya setitik arak pun dia tak pernah telan, Hipokrit tahap dewa!

Selagi kita bernama manusia, kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga Noni. Zubir harap dirinya sedia diberi kemaafan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: