Seperti sudah dijangka, protege Ziana Zain, Mohd Izwan muncul juara Mentor musim ke-4. Menambat hati juri menerusi lagu Cinta, Tragedi Oktober, Itu Kamu, 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang, menurut Mohd, doa dan restu ibu bapa telah membawanya ke menuju puncak kejayaan. "Saya sendiri tak tahu apa kelebihan yang ada. Saya tak kacak dan tak putih, mungkin orang suka pada suara saya. Kak Ziana kata saya lurus bendul dan itu mungkin antara faktor mereka mengundi saya. "Adi dan Nani merupakan saingan yang hebat dan saya bersyukur kepada Allah di atas kejayaan ini. Wang kemenangan ini akan saya gunakan untuk membawa kedua ibu bapa untuk mengerjakan umrah dan selebihnya mungkin akan digunakan untuk modal berniaga. "Kalau ikutkan banyak yang saya belum belajar dari Kak Ziana namun empat bulan di dalam Mentor banyak bawa perubahan dalam hidup saya. Jika dulu saya hanya menyanyi seperti biasa, tapi sekarang banyak yang berbeza dan tahap keyakinan saya lebih tinggi," ujar anak bongsu daripada sepuluh beradik ini. Ziana Zain ketika ditemui tidak dapat menyembunyikan perasaannya yang disifatkan sebagai satu kejutan besar. "Kemenangan ini memang tidak dijangka. Saya lihat Mohd walaupun tiada rupa, namun keikhlasannya menyanyi benar-benar ada. Dialah manusia yang paling lurus yang pernah saya jumpa dan saya sukakan sifat dia yang benar-benar ingin belajar," kata Ziana Zain yang turut membawa pulang RM100,000. Mohd membawa pulang RM100,000, sebuah trofi, kontrak rakaman bersama Monkey Bone dan pengurusan artis di bawah Talent Unit Primeworks Studio. Sementara itu, protege Dayang Nurfaizah, Adi berjaya membawa pulang RM30,000 beserta trofi manakala Nani dan Azmeer sekadar berpuas hati mendapat tempat ketiga. |
Monday, July 5, 2010
MOHD Tepati Ramalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: