Wednesday, July 7, 2010

Model jadi seperti watak Avatar


BENTUK badan asal Tao Okamoto.


NEW YORK - Seorang model Jepun, Tao Okamoto mendakwa tubuhnya sudah menjadi seperti makhluk asing dalam filem Avatar selepas sebuah gedung beli-belah Amerika Syarikat (AS) menggunakan teknik ubah suai bentuk wajahnya secara berlebihan ke atas gambarnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej Okamoto yang ramping diubah dengan menggunakan perisian Photoshop bagi membolehkannya kelihatan sangat kurus.

Dalam satu kenyataan, gedung berkenaan, Nordstrom mengakui tersilap dalam mengubah suai imej itu.

Imej itu diubahsuai dalam kempen untuk memperomosikan sehelai kemeja-T Ralph Lauren berwarna oren berharga AS$151 (RM483) sehelai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: