Monday, July 19, 2010

MBSB rancang jadi bank sepenuhnya


JAHIYAH JAMALUDDIN bersama kereta Toyota Vios yang dimenanginya dalam peraduan Bonus Berganda MBSB baru-baru ini.


SUNGAI PETANI - Malaysia Building Society Berhad (MBSB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan, sedang dalam perancangan untuk menjadi sebuah bank sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Zaini Othman berkata, langkah itu dibuat bagi memantapkan kedudukan MBSB dari segi operasi dan produk yang ditawarkan selain dapat bersaing dengan institusi kewangan lain. MBSB ialah syarikat kewangan yang dikecualikan lesen.

"Perancangan masih pada peringkat awal. Bagaimanapun, kita harap ia boleh tercapai dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen pakej Syoknya Raya dan penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan Bonus Berganda MBSB di sini kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: