BUKAN mudah untuk seorang remaja berusia 13 tahun melakonkan watak Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk teater yang mengambil nama bekas Perdana Menteri itu.
Ia mendorongnya membaca komik mengenai bekas Dr. Mahathir untuk mengenalinya dengan lebih mendalam mengenali tokoh negara tersebut.
Mohd Shafeiq Shazwan (gambar) berkata, dia terpaksa mencari dan membaca buku mengenai tokoh tersebut bagi memastikan mampu menjiwai watak Dr. Mahathir ketika kecil.
"Saya ada beli satu buku cerita mengenainya semasa beliau kecil lagi. Dari situ, saya belajar cara-cara beliau meluangkan masa bersama kawan-kawan dengan memancing, serta mengaji.
"Pada masa kecil, kalau tak silap, Tun ialah seorang budak yang periang. Dia suka membaca buku komik, dan suka berniaga belon dan air halia," katanya kepada MStar Online.
Mohd Shafeiq yang dilahirkan pada 1997 di Klang, Selangor merupakan finalis Idola Kecil 2008 yang disiarkan di TV9.
Hobinya ialah berkaraoke, bermain video game dan cita-citanya pula mahu menjadi bintang handalan dan doktor seperti Dr. Mahathir.
Secara peribadinya, Mohd Shafeiq yang pernah menemui Dr. Mahathir menyifatkan bekas pemimpin negara itu sebagai seorang yang pendiam dan suka senyum selain amat rapat dengan isteri.
Mengenai perkembangan semasanya, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama ini akan terbang ke Brunei untuk menjadi hos satu rancangan terbitan elevisyen dengan
Katanya, dia tidak menghadapi kesukaran mengagihkan masa antara pelajaran serta bidang lakonannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: