TATO yang berbentuk ikan lumba-lumba kini menjadi salah satu topik menarik dalam kes video lucah Ariel, Luna Maya dan Cut Tari.
Ini berikutan pinggang sebelah kiri bekas model Lux itu terpampang gambar tato tersebut, bagaimanapun Luna enggan mengakuinya.
Dalam pada itu, Luna Maya turut dikatakan pernah berusaha menghapuskan tato ikan lumba-lumba itu bagi menghapuskan bukti tersebut,
Dia dikatakan pergi ke Singapura pada 9 hingga 11 Jun lalu untuk membuang tato tersebut menafikan perkara itu sekeras-kerasnya.
Ketika disoal siasat, Luna mengaku pergi ke Singapura bagi mencari ketenangan diri kerana selepas tersebarnya video tersebut, ia menjejaskan ketenteramannya di Indonesia.
Menurut tempointeraktif.com Luna Maya diperiksa pada 18 Jun lalu dan mengakui hanya bersiar-siar di jalan di Orchard, Singapura selama tiga hari.
"Kegiatan saya bekerja, bermain badminton dan ke pejabat saya di Pondok Indah Jakarta Selatan. Ya, saya pernah ke luar negeri iaitu ke Singapura," jelas Luna menurut sumber soal siasat.
Ketika ditanya adakah dia ke Singapura mengunjungi sebuah klinik kecantikan Vivo di Orchard Road dengan tujuan menghapuskan tatonya, pacar Ariel itu menafikan hal tersebut. "Saya tidak ke sana," katanya.
Luna ke Singapura adalah untuk bertemu dengan seorang teman di restoren Coffee Bean. Setelah itu, dia memberitahu hanya bersiar-siar, termasuk makan di sekitar Orchard Road, Takashimaya, dan berkunjung ke Universal Studio di Pulau Sentosa.
kenapalah samapai begini org nak bend mereka nie..
ReplyDelete