|
|
JAKARTA - Selepas pengacara Cut Tari meminta maaf, aktres Luna Maya turut melakukan perbuatan sama atas alasan telah menggemparkan Indonesia ekoran satu skandal video seks, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, dia masih tidak mengaku berlakon dalam video tersebut bersama lelaki mirip penyanyi Ariel Peterpan.
"Saya juga ingin minta maaf pada keluarga saya yang mungkin ...emh...ya intinya saya benar-benar minta maaf pada semua... Jadi... emmm mudah-mudahan...," kata Luna Maya yang permintaan maafnya disiarkan di stesen televisyen Metro TV.
Menurutnya, sebagai warga Indonesia, dia berharap kes klip video seks itu akan dapat diselesaikan dengan segera oleh pihak berkuasa.
Setakat ini, Ariel masih ditahan di sebuah pejabat polis di sini kerana disyaki sebagai suspek mengedarkan klip video berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: