Thursday, July 8, 2010

Lindsay Lohan Dipenjara 90 Hari

LOS ANGELES: Bintang muda Lindsay Lohan (gambar) menerima nasib malang apabila terpaksa berada dalam penjara selama 90 hari atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dua tahun lalu.

Pelakon berusia 24 tahun itu turut diperintahkan untuk menjalankan kerja-kerja amal selama 90 hari.

Hukuman ke atas Lohan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Beverly Hills, Marsha Revel, Selasa lalu.

Setelah hukuman dijatuhkan, pelakon itu menangis di mahkamah.

Dia turut diperintahkan supaya tidak memandu dengan dipengaruhi arak, tidak menggunakan telefon bimbit ketika membawa kenderaan selain memastikan kenderaannya juga mempunyai insuran.

Hakim turut memerintahkan supaya hukuman itu berjalan mulai 20 Julai ini selain dia perlu mengawal pengambilan alkohol dalam badannya agar tidak berlebihan.

Sebelum ini Lohan pernah diperintahkan supaya memakai gelang bagi mengesan tahap alkohol dalam badan selepas dia gagal hadir ke mahkamah pada 24 Mei lalu.

Pada 8 Jun, hakim mengeluarkan perintah penangkapan Lohan apabila alat penggera yang menerima isyarat daripada gelang tersebut berbunyi dipercayai akibat pengambilan arak ataupun cuba dimusnahkan.

Pelakon itu popular menerusi filem seperti Freaky Friday, Parent Trap dan Herbie Fully.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: