![]() |
| SEORANG lelaki melindungi kepalanya semasa beberapa ekor lembu berlari di Pamplona semalam. |
PAMPLONA, Sepanyol - Seorang pelari cedera ditanduk di salah satu kakinya manakala tiga lagi terpaksa mendapatkan rawatan di hospital dalam pesta melarikan diri dari sekumpulan lembu jantan di sini semalam, kata beberapa doktor dan pegawai.
Beberapa orang lagi mendapatkan rawatan selepas terjatuh dan dipijak sekumpulan lembu jantan dari ladang Miura.
Pesta yang dikenali sebagai San Fermin yang diadakan semalam dianggap paling berbahaya kerana ia melibatkan seekor lembu jantan seberat 655 kilogram yang bernama Coachero.
Pelari yang ditanduk di kaki itu merupakan penduduk Pamplona yang mengambil bahagian dalam pesta itu setiap tahun manakala rakyat Kanada berumur 23 tahun dan dua lelaki Sepanyol berusia 30 serta 40 tahun turut cedera.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: