PELAKON Ainul Aishah Azizan (gambar) mengaku kelalaiannya menyebabkan dia diragut dalam satu kejadian jumaat lalu.
Ainul berkata walaupun selalu mendengar kisah ragut tapi dia tidak ambik peduli hal itu sehingga terjadi pada dirinya.
"Saya sedar saya lalai ketika itu, saya tidak pernah terfikir yang kita sebenarnya sentiasa terdedah dengan jenayah ini. Padahal saya baru sahaja diberitahu oleh mama bahawa rakan saya Lily baru menjadi mangsa ragut.
"Saya tak sangka malam itu saya turut diragut oleh mat rempit yang saya pasti orang Malaysia. Nasib saya baik kerana ketika itu berada dalam kereta dan tidak dicederakan.
"Dia hanya sempat mengambil beg tangan yang berada di tempat penduduk penumpang, Mujurlah saya tidak membawa wang tunai yang banyak, cuma RM20 dan kad bank serta kad kredit," jelasnya yang sedang dalamperjalanan ke rumah rakannya.
Gadis berusia 25 tahun itu memberitahu kejadian tersebut berlaku apabila dia membuka tingkap bahagian penumpang untuk berkomunikasi dengan kereta bapanya di sebelah agar membuat pusingan U di simpang hadapan.
"Kejadian itu terjadi terlalu pantas dan saya hanya tergamam lalu membiarkan ia berlalu. Ketika itu kami berhenti di lampu isyarat jadi tak sempat untuk kejar peragut tersebut.
"Papa saya pun terkejut dan hanya mampu bunyikan hon sahaja. Selepas itu saya tidak keluar kereta malah seperti tidak percaya apa yang sedang berlaku" jelasnya ketika dihubungi mStar Online.
Menurutnya, kejadian tersebut memberi pegajaran kepadanya agar lebih berhati-hati terhadap jenayah yang boleh berlaku dimana-mana dan bila-bila masa.
"Kalau dulu saya ambil mudah perkara ini, bukan kerana tidak percaya tetapi tidak prenah terfikir akan berlaku kepada saya dalam keadaan itu," katanya.
"Saya nasihatkan agar orang awam lebih perihatin jangan terlalu leka ketika memandu, saya sendiri tidak sedar yang peragut itu memang sudah memerhatikan saya sebelum meragut," ujarnya.
Namun begitu dia yang membuat laporan polis semalam tentang kejadian itu menganggap perkara tersebut adalah pegajaran yang sangat berharga kepadanya dan keluarga.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: