Wednesday, July 28, 2010

Lagi mangsa Lubuk Yu meninggal dunia


KERATAN muka depan Kosmo! Ahad 11 Julai 2010.


KUANTAN - Seorang pegawai bomba yang dijangkiti wabak Melioidosis dan Leptospirosis selepas menyertai misi mencari seorang mangsa lemas di Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh semalam.

Mohd. Nor Abidin Ismail (gambar), 50, yang bertugas di Balai Bomba Jengka dan tinggal di Felda Jengka 2, Maran disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung koronari pada pukul 3.11 pagi.

Kematian beliau menjadikan bilangan mangsa yang maut akibat jangkitan kuman tersebut adalah tujuh orang.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Rosnah Ismail memberitahu, selain dijangkiti dua bakteria itu, mangsa turut menghidap penyakit kencing manis dan keracunan darah.

"Mangsa telah dimasukkan ke Hospital Jengka pada 3 Julai lalu sebelum dirujuk ke HoSHAS pada 8 Julai untuk rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi dan diberi rawatan antibiotik.

"Apabila semakin stabil, dia telah dipindahkan ke wad biasa sebelum mendapat serangan jantung koronari dan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: