PERSONALITI yang dimiliki penyanyi Kylie Minogue bukan sekadar pada tarikan suaranya, malah bintang berasal dari Australia ini bakal kembali dalam bidang lakonannya.
Khabarnya Minogue akan membawa watak lesbian dalam drama terbaru yang bakal dibintanginya itu.
Berbeza dari imej yang selama ini bersih, kali ini dia akan membawakan watak seorang perempuan yang mengamalkan hubungan sejenis dan mempunyai penuh tato di badan.
Dia juga akan berlakon bersama cucu Elvis Presley, Riley Keough dalam drama berjudul Jack and Diane. Manakala bintang Inggeris Juno Tample, akan memainkan watak pasangan kekasih kepada Minogue.
Drama tersebut telah memulakan penggambaran di New York pada Januari lalu dan bakal ditayangkan pada awal 2011.
Drama itu juga merupakan watak pertama Minogue selepas menjadi pelakon undangan dalam filem Moulin Rouge. Dikatakan drama tersebut bakal membuatkan peminat-peminat Minougue terkejut dengan lakonannya.
Penyanyi yang hanya dikenali dengan kelunakkan suara itu sebenarnya pernah membintangi teater pada tahun 80-an berjudul Neighbours di negaranya Australia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: