Thursday, July 15, 2010

Kubur Michael Jackson Diceroboh

Tanah perkuburan Forest Lawn di Glendale, California.

LOS ANGELES: Peminat bintang pop dunia Michael Jackson dilaporkan telah menceroboh masuk kubur penyanyi itu sehingga membuatkan kubur tersebut mengalami kerosakan.

Portal hiburan TMZ.Com pada Selasa melaporkan penceroboh meninggalkan beberapa mesej di tanah perkuburan Forest Lawn yang terletak di pinggir bandar raya ini.

Antara mesej yang diselitkan termasuk di celah-celah semak kubur itu ialah “rindu anda” dan “menyimpan mimpi anda hidup”.

Pegawai yang menjaga kubur itu cukup marah dengan perbuatan tersebut .

Seorang peminat Michael Jackson meletakkan sekuntum bunga di depan potret Raja Pop iti di Tokyo Tower, Tokyo pada 27 Jun 2010.

“Kegiatan seperti ini adalah contoh kenapa penguatkuasaan dan larangan begitu ketat di sebuah makam agung dilakukan,” kata jurucakap itu.

Walaupun tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis tetapi jurucakap tersebut berkata sesiapa yang ditangkap menceroboh kubur akan “dilarang untuk hidup”.

Peminat Michael Jackson seluruh dunia menyambut ulang tahun pertama kematiannya pada bulan lalu melakukan majlis menyalakan lilin dan beberapa aktiviti lain untuk memperingati kehilangannya.

Dianggarkan lebih 5,000 kuntum bunga di letakkan di kawasan perkuburan tersebut.

Penyanyi itu meninggal dunia pada 25 Jun tahun lalu ketika berusia 50 tahun. Kematiannya dipercayai berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan di sebuah rumah sewanya di sini.

Bagaimanapun doktor peribadi penyanyi itu, Dr. Conrad Murray dituduh dengan sengaja menyebabkan kematian Jackson. Dia bagaimanapun menyangkal tuduhan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: