LOS ANGELES - Seorang pekerja pembinaan di California, Amerika Syarikat (AS), Rick Norsigian tidak menyangka koleksi 65 keping negatif filem yang dibeli sedekad lalu kini bernilai AS$200 juta (RM638 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Dia membeli negatif filem itu pada harga AS$45 (RM144) selepas membuat tawar-menawar menerusi jualan garaj di Fresno dekat sini dan selepas dicuci menjadi foto, saudara-maranya mendapati ia seperti rakaman jurugambar terkenal AS, Ansel Adams.
Norsigian pernah menyimpan gambar-gambar itu di bawah meja permainan pool di rumahnya dan kemudian di peti simpanan bank tempatan sebelum menemui peguam terkenal Beverly Hills, Arnold Peter untuk menilai foto-foto itu.
Peguam tersebut meminta bantuan pakar-pakar seni yang kemudian mengesahkan ia adalah karya asli Adams dari tahun 1920-an hingga 1930-an.
Adams yang dianggap jurufoto terbaik AS meninggal dunia pada 1984 semasa berusia 82 tahun.
"Sebaik diberitahu nilai itu, saya hampir pengsan," kata Norsigian.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: