Tuesday, July 27, 2010

Kerry Katona Berpisah Dengan Teman Lelakinya

Kerry Katona hadir ke tayangan perdana filem, The Prince of Persia-The Sands of Time di barat London pada 9 Mei 2010.

BINTANG televisyen dari Britain, Kerry Katona berpisah dengan teman lelakinya. Mereka telah menjalin perhubungan cinta selama tiga bulan.

Bekas penyanyi kumpulan Atomic Kitten itu berpisah dengan kekasihnya Adam Waldom minggu lalu.

Media melaporkan, punca perpisahan itu adalah kerana Katona ingin menumpukan perhatian kepada kerjayanya serta membesarkan empat anaknya.

"Saya tidak menyintai Adam - saya tidak pernah mencintainya. Saya tidak ingin menjadi kekasih kepada sesiapa pun. Saya boleh berdikari," katanya.

Katona berkata, dia sedar apa yang dia inginkan adalah meluangkan masa bersama anak-anaknya.

Artis itu mempunyai dua anak perempuan, Molly dan Lilly-Sue bersama penyanyi, Brian McFadden dari Ireland.

Dia juga mempunyai anak lelaki, Max dan anak perempuan, Heidi bersama bekas suami, Mark Croft.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: