Monday, July 5, 2010

Kekasih baru Radhi?


Radhi dan Nur Shahira Ayu.


AMBOI cepatnya dapat pengganti. Baru lepas bercerai terus sambar orang baru. Nak jadi cerita teman wanita terbaru penyanyi ini berusia belasan tahun, baru lepas sekolah kot.

Papa dimaklumkan itulah kisah terbaru penyanyi OAG, Radhi yang sudah bertemu pengganti bekas isterinya, Shazlin.

Baru-baru ini, Radhi telah membawa kekasihnya ke beberapa acara dan paling terbaru ketika menghadiri mesyuarat agung Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di Hulu Kelang, Selangor.

Radhi ketika berbual dengan rakan Papa mengakui, dia dilamun cinta dengan Nur Shahira Ayu.

Sejak bila perkenalan mereka bermula Papa tidak tahu pula tetapi Papa yakin hubungan itu baru saja bermula

Melihat kepada foto ini, jelas sekali kekasih baru Radhi ini sangat manis orangnya.

Kalau betul Radhi dan Nur Shahira benar-benar dilamun cinta, Papa ingin menasihatkan mereka agar menjaga hubungan itu dengan sebaik mungkin.

Papa juga kurang gemar melihat Radhi mengusung kekasihnya ke majlis-majlis formal kerana ia tidak manis pada pandangan orang ramai.

Apatah lagi duda anak seorang itu baru saja melalui fasa yang menyedihkan dalam hidupnya apabila disahkan bercerai dengan Shazlin.

Jadi, apa kata Radhi bersabar dulu. Lagipun, Nur Shahira masih muda. Bagi peluang Nur Shahira ‘tengok dunia’ dulu.

Papa juga yakin kekasih baru Radhi itu tentu mempunyai keinginan untuk menyambung pelajaran. Tak begitu Radhi?

Kalau Papa berkesempatan bertemu Radhi yang terkenal dengan sikap ramah dan ‘gila-gila’ tentunya Papa akan bertanya lanjut hal ini.

Dan Papa pun nak juga tahu apa rahsia yang Radhi guna pikat gadis muda seperti Nur Shahira. Kongsilah sikit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: