Saturday, July 17, 2010

KD tidak bermoral - Silva


SILVALAY NOOR ATHALIA


ISTERI lelaki yang dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan Kris Dayanti, Silvalay Noor Athalia atau senang dipanggil Atha menyelar penyanyi itu sebagai tidak bermoral.

Menurut Atha, KD harus berdiam diri dulu dan menunggu sampai dia dengan suaminya, Raul Lemos benar-benar bercerai.


KRIS DAYANTI


"Dia itu (KD) tidak bermoral! Saya dan Raul belum sah cerai dia sudah gembira menayangkan cincin yang kononnya diberikan Raul. Apa orang seperti itu pantas disebut diva? Saya masih isterinya dan belum bercerai. Saya tak kisah kalau mereka mahu bernikah kelak, tapi tunggulah sehingga proses cerai ini selesai. Jangan terlalu menggembar-gemburkannya," kata Atha serius.

Tambah Atha lagi, dia tidak mahu peduli tentang hubungan KD dan Raul, tetapi dia berharap agar dirinya dihormati kerana proses perceraian belum selesai.

Katanya: "Jujur saya tidak kisah tentang mereka berdua atau KD mahu tunjuk cincin tunang itu kononnya. Saya tak ada perasaan sedikit pun dengan Raul. Cuma harus hormati saya juga kerana kami masih belum sah bercerai."

Selar Atha lagi, dia kecewa dengan sikap KD yang didakwa sebagai pembohong.

"Saya kecewa dengan pernyataan KD dan Raul. Saya harap mereka jangan terus jadi pembohong. Saya juga minta KD jangan jadi pembohong. Dulu dia kata hubungannya dengan suami saya sudah putus. Malah, sampai menangis-nangis, tapi mana? Ternyata hubungan mereka tidak putus!" ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: