Friday, July 2, 2010

KD Bernikah Oktober Ini

Krisdayanti bersama teman baiknya Siti Nurhaliza

DIVA pop Indonesia Krisdayanti atau KD seperti mula menampakkan tanda-tanda akan segera menamatkan status jandanya. Khabar tersebut secara tidak langsung dibenarkan oleh sahabat baiknya, Elsie Lontoh.

"Mereka mungkin sahaja kahwin bulan Oktober, kerana dari awal lagi KD ingin bernikah cepat-cepat. Dia menjangkakan pada bulan Oktober ini," terang Elsie seperti dipetik KapanLagi.com.

Ketika ditanya tentang jejaka yang bakal dikahwini KD samaada kekasih baru ataupun kekasih lamanya. Dia memberitahu "Boleh sahaja dengan orang yang lama, atau orang yang baru," ujar Elsie.

Menurut Elsie, lelaki yang beruntung menikahi KD boleh sahaja Raul Lemos, jutawan yang pernah menjadi kekasihnya. Ini kerana sehingga kini bekas isteri vokalis, pencipta lagu Anang Hermansyah itu masih menyimpan rahsia cintanya dengan Raul.

"KD sudah mengakui itu sendiri. Mereka juga putus kerana keadaan yang memaksa," tegas Elsie.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: