JOHANNESBURG - Seorang jutawan Malaysia dilaporkan membawa selebriti terkenal, Paris Hilton dan pelakon filem Titanic, Leonardo DiCaprio ke sini dengan menaiki sebuah jet peribadi pada Khamis lalu dari London, lapor beberapa buah akhbar di Barat dan Afrika.
Paris yang terkenal sebagai anak pemilik Hotel Hilton dan menerusi program realiti televisyen The Simple Life itu diterbangkan ke sini untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2010.
Kebanyakan akhbar tidak mendedahkan identiti jutawan itu tetapi melaporkannya sebagai seorang jutawan misteri.
Namun, selepas Paris tiba di ini, dia kemudiannya ditangkap oleh anggota-anggota pihak berkuasa bersama rakannya, bekas model majalah lucah, Playboy, Jennifer Rovero kerana memiliki ganja selepas satu perlawanan bola sepak Piala Dunia pada Jumaat lepas.
Paris kemudian dibebaskan selepas dia didapati tidak memiliki ganja tetapi rakannya itu diarah membayar denda sebanyak 1,000 rand (RM418) atau penjara 30 hari kerana kesalahan tersebut selain diminta meninggalkan Afrika Selatan.
Semasa di Johannesburg, selebriti itu dilaporkan bersama rombongan kira-kira 20 orang yang dikatakan dari Malaysia turut pergi ke sebuah restoran dan bar di Rosebank.
Mereka menuju ke sebuah bilik peribadi dengan diiringi oleh pengawal keselamatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: