|
|
TEHERAN - Iran telah memajukan teknologi robot terbaru yang boleh berjalan seperti manusia yang akan digunakan bagi menjalankan tugas-tugas sensitif, lapor sebuah akhbar semalam.
Robot yang dinamakan Soorena-2 sempena nama pahlawan purba Parsi itu telah diperkenalkan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin.
Ia setinggi 1.45 meter dan seberat 45 kilogram.
"Berjalan perlahan seperti manusia dengan pergerakan biasa kaki dan tangan merupakan antara ciri-cirinya. Robot seperti itu direka dan dimajukan untuk melakukan tugas-tugas sensitif dan sukar bagi pihak seorang individu atau sebagai pembantu," lapor akhbar berkenaan.
Iran telah melakukan beberapa projek saintifik dalam tempoh beberapa tahun ini seperti klon, kajian mengenai sel asas dan teknologi satelit.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: