Tuesday, July 27, 2010

Hotel mewah untuk kucing


Seekor kucing berehat di atas katil hotel khas untuk kucing di Welyn Garden City, Hertford.


HERTFORD – Sebuah hotel mewah khas untuk kucing disediakan untuk pemilik haiwan itu yang terpaksa meninggalkannya buat sementara waktu, lapor sebuah akhbar semalam.

Penginapan istimewa itu disediakan di Welyn Garden City, di sini dan pemiliknya, Abi Pusher dan suaminya, Matt Purser menawarkan harga di antara £15 (RM74.33) serta £19 (RM94.15) untuk satu malam selain menu tambahan £3.50 (RM17.34) sehari.

“Hotel ini menawarkan enam calet yang masing-masing mempunyai bilik tidur dan kawasan senaman,” kata Abi.

Rawatan kuku dan urutan ke atas haiwan itu turut disediakan.

Haiwan-haiwan itu juga akan mendengar muzik jaz dan klasik menerusi sistem bunyi yang bernilai £5,000 (RM24,779).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: