![]() |
| |
PARIS - Polis Perancis semalam mengesahkan penahanan selebriti terkenal Amerika Syarikat, Paris Hilton (gambar) di pulau peranginan Corsica selepas menemui kurang satu gram dadah jenis kanabis di dalam tas tangan wanita itu kelmarin.
Akhbar negara itu melaporkan, Hilton mendarat di lapangan terbang Figari dengan menaiki sebuah jet peribadi bersama seseorang yang rapat dengan pemimpin politik dan dijadual menaiki bot mewah untuk belayar ke Pulau Sardinia, Itali.
Aktres berusia 29 tahun itu mencetus kontroversi apabila ditahan polis Afrika Selatan sebelum dibebaskan kemudian setelah seorang rakannya ditemui memiliki dadah ketika mereka berparti sempena temasya Piala Dunia 2010 pada 3 Julai lalu.
Cicit kepada pengasas rangkaian Hotel Hilton itu pernah menggemparkan dunia hiburan pada 2003 apabila seorang teman lelakinya didakwa membocorkan rakaman video memaparkan adegan seks mereka menerusi laman Internet.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: