SAN FRANCISCO - Pentadbiran negeri California akan mengeluarkan pampasan AS$20 juta (RM64.4 juta) dalam satu perjanjian penyelesaian dengan keluarga seorang wanita, Jaycee Dugard yang diculik dan dijadikan hamba seks selama 18 tahun oleh seorang pesalah seks, lapor sebuah akhbar semalam.
Mangsa yang kini berusia 30 tahun ditemui semula pada 26 Ogos tahun lalu bersama dua anak perempuannya yang dilahirkan sepanjang menjadi tawanan seks seorang lelaki, Phillip Garrido di belakang rumahnya di Antioch dekat sini.
Jaycee bersama ibu dan dua anaknya yang sekarang masing-masing berusia 13 tahun dan 16 tahun memfailkan tuntutan itu pada Februari lalu dengan mendakwa pihak berkuasa negeri dan Jabatan Pemulihan gagal menjalankan tugas mereka.
Dia diculik semasa menunggu bas sekolah di luar rumahnya di South Lake Tahoe, California pada 10 Jun 1991 ketika berusia 11 tahun.
Ahli-ahli keluarga Jaycee mendakwa, mereka membuat tuntutan ganti rugi itu ekoran gangguan emosi, fizikal dan psikologi yang dialami sepanjang tempoh si mangsa menjadi hamba seks dan tawanan Garrido, 58, dengan isterinya, Nancy, 54.
Kedua-dua tertuduh itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan penculikan dan memperkosa wanita muda ketika dibicarakan pada 28 Ogos 2009 sebelum dikenakan ikat jamin AS$30 juta (RM96.7 juta) dua minggu kemudian.
"Jaycee dan anak-anaknya kini hidup secara berasingan dan mereka memerlukan beberapa tahun lagi untuk pulih melalui terapi, pendidikan dan penjagaan kesihatan," kata seorang penggubal undang-undang di negeri California, Felipe Fuentes.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: