PENYANYI, Cheryl Cole mengundang sahabatnya, Derek Hough yang juga penari untuk tinggal bersama di rumahnya sementara dia mencari sebuah rumah lain di London.
Hough, 25, merancang untuk berpindah ke London pada bulan depan.
Semasa berada di England, dia akan bertemu dengan produser West End, eksekutif televisyen dan syarikat-syarikat untuk menandatangani kontrak dengannya.
Dan jika dia tidak bekerja, Hough akan berehat di rumah agam Cheryl yang terletak berhampiran Godalming, Surrey.
"Derek mendapat banyak tawaran bekerja di England dan Cheryl sangat senang dengan perkembangan tersebut," katanya kepada media.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: