MODEL Cindy Crawford (gambar) mengaku dia takut menjalani pembedahan plastik.
"Saya pernah melakukan botox tetapi ia menakutkan. Saya berpendapat ia tidak memudaratkan jika anda tidak menggunakannya pada wajah anda," katanya kepada media.
Ibu kepada dua anak itu menegaskan dia gembira dengan bentuk badan dan wajahnya sekarang.
"Sekiranya berat badan saya bertambah, ia akan dikesan di punggung. Saya seksi. Saya mempunyai selulit.
"Kita menghabiskan kebanyakan masa untuk membuktikan keupayaan kita, cuba merealisasikan sesuatu dan cuba pergi ke sesuatu tempat.
"Bagaimanapun apabila mencapai lewat 30-an dan 40-an, kita akan dapati kehidupan adalah cukup menakjubkan di depan mata kita," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: