Monday, July 5, 2010

Budak koma dirempuh van


BEGINILAH keadaan Daniel Gabrial masih koma ketika ditemui di Hospital Serdang semalam.


SUBANG JAYA - Nyawa seorang kanak-kanak ibarat telur di hujung tanduk apabila dia kini koma selepas menjadi mangsa langgar lari membabitkan sebuah van dalam kejadian di Saujana Puchong di sini kelmarin.

Lebih malang apabila Daniel Gabrial Abdullah, 4, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang disahkan mengalami keretakan tengkorak, pendarahan otak dan patah buku lali.

Selain itu, sebahagian rambut anak sulung dari tiga beradik itu turut tercabut manakala telinga kirinya koyak.

Ia ekoran kanak-kanak yang bakal menyambut hari lahirnya kali kelima pada Disember ini dikatakan bukan sahaja telah dilanggar sebanyak dua kali oleh van yang sama malah tercampak sejauh 11 meter dari hadapan rumahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: