Thursday, July 1, 2010

Bintang drama Winter Sonata bunuh diri


SEKUMPULAN jurugambar menunggu mayat Park Yong-Ha dibawa keluar dari bilik mayat sebuah hospital di Seoul semalam.


SEOUL - Pelakon Korea Selatan yang juga seorang penyanyi terkenal di Jepun, Park Yong-Ha membunuh diri di rumahnya di sini semalam ekoran tekanan kerja dan tanggungjawab menjaga bapanya yang menghidap kanser perut.

Mayat bintang berusia 33 tahun itu ditemui oleh ibunya dan polis percaya dia menggantung diri dengan wayar elektrik di dalam biliknya.

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas dia pulang ke rumah dalam keadaan sangat mabuk.

"Kami mengesahkan bahawa dia membunuh diri," kata satu kenyataan polis.

Dia tidak berdepan dengan masalah kewangan atau kemurungan.

Namun, polis menyatakan Yong-Ha mengalami tekanan kerana dia perlu menguruskan syarikat hiburan dan kerjayanya sebagai pelakon serta penyanyi semasa bapanya berdepan dengan kanser perut.

Sebelum dia ditemui mati, pelakon itu sempat memberitahu bapanya dengan meminta maaf dan menyatakan dirinya yang lebih sakit.

Dia memulakan kerjaya lakonan sejak tahun 2002 dan mula popular selepas membintangi drama bersiri Winter Sonata.

Kerjaya nyanyiannya cemerlang di Jepun apabila 10 album popularnya dipasarkan dalam tempoh lima tahun.

Dia dijadualkan memulakan penggambaran drama Korea,Comrades, Almost A Love Story pada bulan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: