Sunday, July 11, 2010

Bangunan awam Beijing amat sejuk


KEBANYAKAN penghuni bangunan pejabat di Beijing menurunkan suhu pendingin hawa untuk lebih sejuk sepanjang musim panas.


BEIJING - Pihak berkuasa China mendapati 20 peratus daripada ribuan bangunan awam di Beijing sebagai amat sejuk iaitu di bawah 26 darjah Celsius sekali gus melanggar peraturan khas ditetapkan sejak 2007 yang melarang suhu dingin berkenaan.

Siasatan dijalankan Persekutuan Alam Sekitar China menunjukkan banyak bangunan restoran, kompleks beli-belah dan hotel di tujuh daerah perniagaan di Beijing memasang pendingin udara sehingga mencecah serendah 20 darjah Celsius.

Larangan penggunaan penyejuk udara kurang 26 darjah Celsius terutama ketika musim panas digubal bagi memastikan penjimatan tenaga dan mengurangkan pelepasan gas berbahaya yang menyebabkan krisis pemanasan global.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: