ALOR SETAR - Ibu muda, Azira Azizan, 25, bertekad tidak lagi akan kembali menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan mengambil keputusan mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di sini bermula hari ini.
Suami Azira, Nazim Mohd. Salleh, 43, berkata, isterinya memilih Kedah Medical Centre (KMC) bagi tujuan rawatan susulan sebelah matanya yang hampir buta akibat kerosakan saraf.
"Dalam pertemuan semalam (kelmarin) mereka (HTF) cakap, masalah kerosakan saraf mata isteri tiada kena mengena dengan kelahiran anak saya.
"Jadi, tiada sebab untuk saya mendapatkan rawatan seterusnya daripada pihak HTF," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: