BRODY Jenner dilaporkan cuba untuk memujuk teman wanitanya, Avril Lavigne untuk terlibat dalam program realiti televisyen bersamanya. Brody yang sebelum ini pernah berlakon dalam drama The Hills, The Prince Of Malibu dan Bromance dikatakan terdesak untuk mendapatkan kontrak program realiti walaupun Avril enggan muncul di depan kamera.
Menurut satu sumber kepada majalah In Touch Weekly: "Brody sudah lama memujuk Avril. Dia menyintai Brody dan mahu menuruti kehendaknya. Namun, Avril enggan mengubah arah tujuan kariernya."
Penyanyi yang popular dengan lagu Girlfriend itu dan Brody sudah bercinta sejak Februari lalu dan mereka baru-baru ini telah mencacah tatu nama pasangan masing-masing. Pasangan itu berbuat demikian untuk membuktikan cinta sejati mereka.
Avril telah menfailkan perceraian dengan bekas suaminya, Deryck Whibley pada Oktober lalu. Dia telah mencacah nama Brody di bahagian kanan dadanya dan Brody pula mencacah nama Avril di tangannya.
Tambah sumber itu: "Sebelum mereka mencacah nama mereka, pasangan itu sudah mendapatkan tatu sama pada permulaan hubungan mereka. Brody dan Avril amat serius dengan hubungan ini."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: