HUBUNGAN cinta antara pasangan popular Angelina Jolie dan Brad Pitt sering dikatakan tidak akan bertahan lama.
Namun begitu mereka sering menolak khabar angin tentang perpisahan mereka. Malah kata Jolie, dia tidak pernah berasa bosan dengan Pitt.
"Saya suka melakukan sesuatu perkara bersamanya. Saya senang sekali hidup dengannya. Kami bahagia untuk melakukan perkara bersama-sama," ujar Jolie seperti dipetik AFP.
Bukan hanya bahagia menjadi pasangan hidup Pitt, aktres 35 tahun itu juga bahagia dengan peranannya sebagai seorang ibu.
"Saya bekerja hanya untuk beberapa bulan sahaja, waktu selebihnya kami habiskan bersama," ujar Jolie.
Setelah filem terbarunya Salt, Jolie juga merancang untuk tidak mengambil mana-mana projek filem dalam masa lima hingga enam bulan akan datang.
"Brad yang sekarang bekerja dan saya akan menjadi ibu," tuturnya.
Bercerita tentang perlancongan dan percutian, aktres berbibir seksi itu juga mengakui mempunyai tempat-tempat kegemaran.
"Lokasi kegemaran saya ialah tempat kelahiran anak-anak saya kerana ia terlalu istimewa," ujarnya yang mempunyai anak angkat dari Kamboja, Ethiopia dan Vietnam itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: