Saturday, July 3, 2010

Aksi saingi David Blaine


GAMBAR menunjukkan Hazi Dean (dalam bulatan) yang melakukan aksi lagak ngeri.


TEL AVIV - Ahli silap mata Israel, Hezi Dean diikat di antara tiga bangunan pencakar langit dalam aksi yang setanding dengan pakar silap mata terkenal dari Amerika Syarikat (AS), David Blaine, lapor sebuah akhbar semalam.

Beribu-ribu orang melihat aksi ahli silap mata berusia 29 tahun itu untuk melepaskan diri selepas diikat.

Persembahan silap mata itu diadakan sempena Festival Malam Putih bagi meraikan pemilihan Tel Aviv sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Julai, 2003.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: