ROM - Seorang lelaki dengan bantuan alat pengesan logam membuat penemuan 52,000 keping duit syiling Rom di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Duit syiling dari kurun ketiga itu ditemui di dalam sebuah pasu tanah liat bersaiz kira-kira 50 sentimeter yang tertanam di sebuah padang dekat sini, di Somerset, barat daya England.
Lelaki berkenaan, Dave Crisp menyatakan, dia mula menggali di kawasan berkenaan selepas alat pengesan logam miliknya tiba-tiba berbunyi.
"Saya menggali dengan tangan dan sejurus selepas itu, saya menarik keluar sekeping syiling gangsa Rom," katanya.
"Duit itu amat kecil, kira-kira sebesar kuku jari saya," tambahnya.
Pasu sebesar sarat dengan syiling dengan berat sekitar 158 kilogram.
Sejak penemuan tersebut lewat April lepas, syiling-syiling itu diperiksa oleh pakar-pakar di Muzium British.
Mereka berkata, syiling tersebut yang digunakan semasa pemerintahan Maharaja Carausius yang memerintah pada tahun 286 Sebelum Masihi hingga 293 Sebelum Masihi dikumpulkan untuk satu upacara keagamaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: