Sunday, July 11, 2010

3 ahli Kumpulan 66 ditembak mati


Khalid menunjukkan pagar dawai yang hendak dipotong oleh penjenayah ketika cuba merompak rumahnya di Kampung Tenai, Air Gelugor. Gemencheh, awal pagi semalam.


TAMPIN - Usaha polis mengadakan rutin operasi pencegahan jenayah di daerah ini berhasil apabila berjaya menembak mati tiga penjenayah Kumpulan 66 yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di Kampung Tenai, Air Gelugor, Gemencheh semalam.

Kumpulan itu dalam senarai dikehendaki polis selepas dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya sepuluh kejadian samun dan pecah rumah bersenjata di Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, lima suspek gagal memasuki rumah itu selepas penghuninya, Khalid Mohd. Dah menghubungi polis kerana terdengar bunyi mencurigakan dari ladang rusa miliknya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: