PETALING JAYA: Seramai 20 peserta pertandingan cosplay, Remaja NIPS Crazy Challenge terpilih ke peringkat akhir yang akan berlangsung di e@Curve Atrium, dekat sini, pada 24 Julai ini.
Ia akan diadakan pada pukul 11 pagi.
Dalam acara itu, peserta akan melakonkan watak kartun popular antaranya anime, manga, naruto, across dan Onimusha.
Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV9 dan Rangkaian Televisyen Kanak-Kanak, Media Prima Berhad, Feisal Abdul Malik berkata, 20 finalis tersebut dipilih daripada lebih 100 peserta yang bertanding.
Mereka akan menggayakan kostum beragam lengkap bersama peralatan seperti pedang dan perisai.
Menurut Faisal, pihaknya tidak menjangkakan pertandingan tersebut mendapat sambutan baik memandangkan ia julung kali diadakan di negara ini.
"Acara ini mendapat sambutan kerana masyarakat hari ini mula terpengaruh dengan watak-watak kartun," katanya kepada MStar Online pada pelancaran Remaja NIPS Crazy Challenge yang diadakan di Sri Pentas TV3, Rabu.
Tambahnya pertandingan tersebut adalah platform yang sihat terutama kepada golongan yang berminat terhadap karekter kartun.
Pertandingan Cosplay dianjurkan buat julung-julung kalinya TV3 menerusi rancangan Remaja 2010 khusus untuk golongan belia.
Finalis akan diadili berdasarkan tiga kriteria utama iaitu ketepatan kostum beragam yang hampir sama dengan watak asal, keberkesanan penghayatan dan cara penyampaian ketika beraksi di atas pentas selain mengambil kira tahap kreativiti yang ditonjolkan.
Lima peserta yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan berpeluang untuk berentap buat kali terakhir di pusingan tertentu.
Untuk mempertingkatkan lagi tahap cabaran kelima-lima peserta akan diberikan tugasan yang bakal menentukan siapakah yang akan layak memegang gelaran 'cosplayer' terbaik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: