Monday, October 26, 2009

Uji bakat Dutch Lady meriah


SEORANG kanak-kanak menunjukkan bakat menyanyi dan menari dalam siri jelajah ini.


PELBAGAI aksi pemain drum cilik, gaya puteri duyung ayu yang berpaut pada cangkerang, si kecil yang menyerlah dengan kemampuan vokal yang tinggi dan wajah pencerita yang dihiasi dengan pelbagai ekspresi merupakan antara adegan yang boleh dilihat dalam sesi uji bakat Dutch Lady Disney Hoopla! Stars di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Keempat-empat peserta kecil molek yang terpilih bersama peserta lain mempersembahkan bakat masing-masing dengan menyanyi dan menari yang memikat hati juri. Persembahan pentas dan variasi kostum yang dipakai sewaktu uji bakat itu turut mengujakan barisan juri. Turut menyaksikan persembahan itu ialah ibu bapa para peserta cilik tersebut.

Menurut kenyataan, sesi pencarian bakat yang kini menjelajah ke seluruh negara itu merupakan sebahagian daripada program jelajah Dutch Lady Disney Hoopla! Stars anjuran Dutch Lady Malaysia bagi kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun.

Program pencarian bakat itu bertujuan mengasah bakat terpendam para peserta melalui tiga kategori iaitu persembahan menyanyi dan instrumen muzik; tarian dan deklamasi sajak serta bercerita. Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut umur iaitu tiga hingga empat tahun dan lima hingga enam tahun.

Penjelajahan itu diadakan seiring dengan matlamat produk Susu Membesar Dutch Lady 123 dan 456 (dirumus khas dan diperkaya dangan TT-Ratio Advance™) yang mempromosikan pembelajaran berkesan dalam kalangan kanak-kanak.

Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad, Hans Laarakker berkata: "Kami sangat teruja dengan sambutan yang menggalakkan ini. Sebagai peneraju dalam perniagaan tenusu berjenama di Malaysia, Dutch Lady Malaysia berbangga dapat mempromosikan pembelajaran berkesan melalui aktiviti Disney Hoopla! Stars."

Menurutnya, Dutch Lady Malaysia percaya bahawa pembelajaran yang berkesan dalam kalangan kanak-kanak akan membentuk seseorang individu dewasa yang lebih berjaya.

"Kami akan terus berusaha untuk menghasilkan program dan kempen yang menggalakkan pembelajaran berkesan, terutama kepada ibu bapa di Malaysia," kata Laarakker.

Jangan lepaskan peluang bertemu dengan watak kegemaran Disney Playhouse seperti Handy Manny, Little Einstein, My Friends Tigger & Pooh dan Mickey Mouse Clubhouse pada program jelajah Dutch Lady Disney Hoopla! Stars yang akan diadakan di lokasi dan tarikh berikut:

*AEON Tebrau City, Johor Bahru (30 Oktober - 8 November)

*AEON Bukit Tinggi, Klang (11 November - 18 November)

*Pusat Membeli-Belah Jusco 1 Utama (21 November - 6 Disember)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: