PENYANYI terkenal lagu pop, Robbie William ingin menjual rumahnya dengan cepat walaupun akan mengalami kerugian.
Robbie berhasrat untuk menjual rumahnya sebelum musim sejuk ini supaya dia dapat berpindah ke Amerika.
Menurut sebuah portal akhbar dari United Kingdom, Robbie mahu pergi ke Los Angelas untuk tinggal bersama kekasihnya, Ayda Field.
Dia sanggup membayar 8.5 juta paun untuk mahligai Compton Bassett yang dibina pada kurun ke-18.
Mahligai itu siap dibina dengan tempat letak helicopter, rumah beribadat malah mempunyai bekalan sumber tali air semulajadi di dalamnya.
Penyanyi tersebut menyuruh agennya mengurangkan harga rumah tersebut supaya ianya dapat dijual dengan cepat.
“Robbie lebih rela menjual rumah itu pada harga yang lebih rendah dari menunggu lebih lama lagi untuk mendapatkan keuntungan yang tidak seberapa.
"Dia mahu segera pulang ke Amerika untuk tinggal bersama buah hatinya, Ayda kerana dia lebih penting untuk Robbie. Beberapa orang telah menyatakan hasrat pembeli berminat untuk membeli rumah tersebut,” kata seorang sumber dari dalam.
Penyanyi itu mengakui yang dia sebenarnya tidak membeli rumah itu kerana menyukainya.
“Saya tidak mampu untuk menyimpannya kerana kos penyelenggaraannya tinggi,” tambah Robbie.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: