Ajai kini menambah bidang perniagaan apabila terjun ke dunia restoran. Ajai bersama dua rakan kongsi, Erwan Azizi dan Andrew Yong membuka Celebrity Kopitiam. Lokasi pertama di The Strand, Kota Damansara, Kuala Lumpur. Kopitiam dipilih kerana konsep itu diterima ramai dan semakin berkembang. Namun mereka cuba memberi kelainan dalam perniagaan kopitam yang diusahakan selari dengan namanya Celebrity Kopitiam. "Kami masukkan elemen hiburan selain menawarkan hidangan yang menepati cita rasa penggemar kopitiam dengan harga yang berpatutan," kata Ajai yang juga bertindak selaku ikon selebriti kepada kopitiam tersebut.
Konsep hiasannya gabungan dekorasi ala kolonial disulami gaya warisan kontemporari yang elegan. Ia menjanjikan konsep baru dan segar. "Kami mengatur acara yang boleh menarik penggemar antaranya yang melibatkan selebriti tempatan. Kita akan undang selebriti untuk memasak juadah istimewa mereka pada masa tertentu. Ada juga acara hiburan membabitkan selebriti. "Peminat sudah biasa mendengar nyanyian atau menonton lakonan artis. Kalau kita bawa mereka ke dapur dan menonjolkan bakat masakan mereka, pasti peminat akan lebih tertarik kerana ia sesuatu yang baru bagi mereka," kata Ajai lagi. Untuk perlaksanaan itu pihak mereka telah berbincang dengan beberapa selebriti. Mereka melihat aktiviti sedemikian lebih sesuai sekiranya diadakan bersama kelab peminat artis itu sendiri. Peluang uji bakat di kopitiam Kopitiam itu juga akan menyediakan set karaoke untuk pengunjung melepaskan keinginan menyanyi. Lebih istimewa, pengunjung berbakat akan berpelung jadi artis rakaman."Kakitangan saya akan merakam nyanyian pengunjung yang dirasakan ada bakat. Saya sendiri akan menilai nyanyian mereka dan sekiranya saya dapati suara mereka boleh diketengahkan, saya akan mengambil mereka menjadi artis di bawah naungaan syarikat rakaman saya. "Kira macam uji bakatlah, dengan ini kopitiam ini juga berperanan dalam memangkinkan lagi industri muzik," sambung Ajai.
|
Friday, October 30, 2009
Ajai buka Celebrity Kopitiam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: