Thursday, October 29, 2009

Dadah: Suami isteri warga Pakistan ditahan


MD. HASSIM (dua dari kiri) menunjukkan lima kotak papan pameran barangan kemas berbingkai yang diisi dengan serbuk ketamin pada sidang media di Nilai.


NILAI - Kastam menahan pasangan suami isteri warga Pakistan dan merampas bungkusan dipercayai dadah jenis ketamin ketika menyerbu sebuah rumah di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor kelmarin.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Md. Hassim Pardi berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, pihaknya menemui serbuk putih yang disyaki ketamin.

Serbuan yang dilakukan oleh pegawai Kastam Pencegahan KLIA dan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat itu juga mendapati pasangan terbabit telah menerima bungkusan berkenaan melalui perkhidmatan kurier dari Mumbai, India..

"Dadah itu disorok dalam kotak papan pameran barangan kemas yang berbingkai dan dihantar melalui perkhidmatan kurier.

"Berat kasar ketamin yang dijumpai ialah 1,766 gram menyamai 1.7 kilogram dengan nilai pasaran sebanyak RM35,320," katanya kepada pemberita di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: